Monday 5 December 2011

fitrah wanita


Allah telah menentukan bahawa ada perkara tertentu yang menarik perhatian di antara lelaki dan wanita. Dan untuk itu, Allah juga yang mengatur bentuk hubungan yang perlu dilakukan, agar di antara mereka tidak timbul perkara-perkara yang tidak diingini. Walaupun demikian, ramai juga manusia yang melanggar batas-batas tersebut sehingga mereka tertunduk malu kerana keterlanjuran yang mereka lakukan. Lelaki yang tidak mampu mengawal dirinya daripada daya tarik yang ada pada wanita, pasti mudah untuk melakukan perkara-perkara yang menjadi larangan Allah Taala. 

Apabila membicarakan tentang fitnah wanita, bukan bermakna wanita itu jahat dan sukakan keburukan. Tetapi apa yang dimaksudkan ialah keadaan mereka itu mampu menjadikan lelaki lupa daratan dan apabila usaha pencegahan tidak dilakukan, akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini. Ini sudah pasti apabila lelaki yang berkenaan tidak berhati-hati. Bagaikan binatang ternak yang memakan rumput berdekatan dengan padang larangan, adalah mudah bagi binatang itu memasuki kawasan tersebut. 

Fitnah ini boleh berlaku dalam dua keadaan, iaitu sebelum kedua jenis ini berkahwin dan ketika atau selepas lelaki dan wanita ini bernikah. Sebelum bernikah, Islam menentukan adanya mahram dan yang bukan mahram. Antara lain, adalah untuk memudahkan manusia mengetahui orang yang dibolehkan mereka berhubung atau bergaul secara bebas dan yang tidak boleh berbuat demikian. Perlanggaran pada ketentuan ini akan mengakibatkan perkara mungkar yang berlaku. Kebiasaannya manusia melakukan sesuatu yang tidak baik secara berperingkat-peringkat sesuai dengan bentuk kemungkaran itu. 

Bermula dari dosa kecil seperti melihat, bercakap-cakap (berdua-duaan), berpegangan dan bersentuhan kulit dan akhirnya melakukan dosa besar. Orang yang berzina sebenarnya tidak ada harganya di sisi Allah, kecualilah dia bertaubat. Mengatasi masalah zina tidak dapat diatasi hanya dengan menyediakan rumah-rumah kebajikan bagi mereka yang telah terlanjur. Apa yang utama ialah memberi kefahaman kepada mereka tentang panduan agama dalam masalah ini dan dalam masalah kehidupan yang lain.

Islam dalam masalah ini, memperuntukkan hukuman yang berat kepada penzina, kerana mereka telah bersungguh-sungguh untuk memulakannya. Setelah berkahwin pula, seorang suami kadangkala tidak berupaya memimpin dengan baik dan sempurna. Ketenangan yang sepatut dikecapi semasa bernikah, hanya menjadi impian kosong. Bernikah dengan wanita pilihan hati rupanya tidak seindah namanya. Sebabnya ialah proses dan matlamat perkahwinan tidak menjejaki apa yang telah digariskan oleh Allah. 

Kecantikan yang menjadi dasar pilihan itu rupanya bagaikan memetik mawar yang berduri yang tidak ada wanginya yang harum. "Hai orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka. Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (At-Taghaabun : 14)
 

Keadaan ini sebenar bukan suatu yang merendah-rendahkan wanita. Andaikata mereka mendapat pendidikan yang baik serta memahami tuntutan agama dalam perkara-perkara yang dihadapi, mereka justeru menjadi pendorong yang digigih. Sesuai dengan kejadian mereka seumpama daripada tulang rusuk yang bengkuk, kepemimpinan yang baik daripada pihak lelaki akan mampu membawa mereka ke jalan yang lurus. Jika demikian gambaran keadaan fitnah yang dihadapi melalui wanita, tentu lebih hebat keadaannya bilamana wanita itu aktif dalam perkara-perkara sumbang.

Kalau dalam masjid dan dalam rumah tangga keadaan boleh menjadi tidak tenteram kerana kurang fahamnya wanita terhadap sesuatu, tentulah lebih mencabar jikalau keadan ini digiatkan bila berada di luar masjid dan rumahtangga. Rasulullah saw pernah memberi pesanan kepada para sahabat baginda yang selalu duduk-duduk ditepi jalan agar menjaga hak-hak jalan, iaitu menjaga pandangan, tidak mengganggu orang yang lalu, menjawab salam serta melakukan pencegahan maksiat. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Said al-Khudry). 

Ini bermakna, setiap anggota masyarakat akan menerima akibatnya apabila suasana maksiat disuburkan khususnya melalui wanita-wanita jahat. Tercatit dalam sejarah Islam, bahawa ayat 1-2 Surah at-Tahrim turun disebabkan angkara isteri-isteri baginda. Ketika baginda habis meminum madu di rumah isteri baginda Saudah, dia berkata bahawa ada bau yang busuk. Begitu juga ketika baginda selesai meminum madu di rumah Aisyah, dia diberitahu bahawa ada bau yang busuk. Lalu Rasulullah saw kerana untuk menjaga hati isterinya telah berjanji untuk tidak meminum madu lagi. 

Allah lalu menurunkan firman Nya : "Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah halalkan bagimu, kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri kamu?" (at-Tahrim : 1)Perlu ditegaskan bahawa fitnah wanita tidak selalunya datang dari arah wanita itu sendiri. Bahkan selalunya godaan nafsu dalamlah yang menjadi pendorong bagi lelaki untuk mendekati wanita dan melakukan maksiat. Oleh kerana itu, wanita atau isteri bukanlah musuh yang sebenarnya yang perlu dijauhi. Perlakuan yang berlaku adalah antara dua jenis ini adalah gambaran umum tentang bentuk perhubungan yang diwujudkan.

Apabila masing-masingnya memberi perhatian yang wajar untuk sama-sama membina kebahagiaan, maka mereka akan mengecapinya dengan sempurna. Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda : "Sesempurna iman seseorang ialah yang paling baik budi pekertinya,dan sebaik-baik kamu ialah yang terbaik pergaulannya terhadap isterinya." (Riwayat Tirmizi). Dan dalam sebuah hadis dari Abdullah bin Amru al-Ash, bahawa Rasulullah bersabda : 
"Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah." (Riwayat Muslim)








1% Ksh seekor anak kucing pd ibu ny..
Semua ni kasih syg yg Allah hadirkan pd makhlukNya..
Pd kita semua x kira manusia, jin atau pn haiwan..
Kt dunia ni Allah hnya turun kn 1% je ksh syg..
Dgn 1% e2 lh hnggakan ibu burung smpai mengangkat kakinya
krna tkt dri ny terpijak ank ny.. Dgn 1% e2 lh ibu, ayah kita mnyayangi kita..
Ya Allah.. Sbegini hebat 1% ni.. Da la 1% ni Allah yg pinjamkan..
tp,mna yg 99% e2? e2 Allah pnya.. Maka..
Bkn kah ksh syg Allah lg Maha Banyak drpd kita smua?
Sesungguhnya Allah e2 Maha Penyayang lg Maha Pengasih..
Rasulullah SAW prnah bersabda,
“ALLAH SWT mmpunyai 100 rahmat (kasih sayang),dn menurunkan 1 rahmat (dr 100 rahmat) kpd jin, manusia, binatang,dan haiwan2. Dgn rahmat e2 mereka saling brbelas-kasih dn brksh syg, dn dgn ny pula bnatang2 buas mnyayangi anak2 ny. Dan (ALLAH SWT) mnangguhkn 99 bhgian rahmat e2 sbagai ksh syg-Nya pd hr kiamat nnty.” ~ (HR Muslim) ...


pengorbanan seorg ibu


INGATLAH KEPADA IBUMU...
Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yg susukan aku.. ibu
Bila lapar, yg suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yg sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yg aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibuAku selalu teringatkan ..Ibu..
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!
“ Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.. Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila kita akan berkahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu
Kita akan ada pasangan hidup sendiri ...
Bila seronok… kita cari pasangan kita..
Bila sedih… kita akan mencari Ibu..
Bila berjaya… kita ceritakan pada pasangan kita..
Bila gagal… kita ceritakan pada Ibu ..
Bila bahagia,kita peluk erat pasangan kita..
Bila berduka, kita peluk erat Ibu..
Bila nak bercuti…kita bawa pasangan kita..
Bila sibuk… kita hantar anak ke rumah Ibu..
Bila sambut valentine…kita hadiahi bunga pada pasangan kita..
Bila sambut hari ibu… kita cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu..
Selalu…kita ingat pasangan kita..
Selalu…Ibu akan ingat kita..
Bila..bila…kita akan talipon pasangan kita ..
Entah bila..kita akan talipon Ibu ..
Selalu…kita belikan hadiah untuk pasangan kita...
Entah bila….kita nak belikan hadiah untuk Ibu kita..

Renungkan:Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada..

 HARGAILAH PENGORBANAN IBUUUUU.....


PERNAHKAH KITA MENGINGATI IBU KITA DISAAT KITA SENANG??
TIDAK..
MALAH KITA MELUPAKAN NYA..
KITA BERSUKA-RIA BERSAMA TEMAN-TEMAN..
TAPI..
BILA KITA SUSAH..SIAPA YG KITA CARI??
 SIAPA YG KITA MINTA WANG??
KALAU BKN MEREKA..
IBUBAPA KITA..
MALAH ADA DIKALANGAN KITA MENGHINA MEREKA DAN TIDAK MENGAKU MEREKE ORG TUA KITA YG PRNH MEMELIHARA KITA..
MALAH ADA JUGA YG MENGHANTAR MEREKA KE RUMAH ORG TUA2..
ATAU MEMBIARKAN SHJ DI TEPI JLN..
TIADAKAH SIFAT PERIKEMANUSIAAN KITA TERHADAP MEREKA??
INGATLAH JASA MEREKA..
MEREKA BERKORBAN DEMI KITA..
TAPI APA YG KITA BERI..
MEREKA MNGHANTAR KE SEKOLAH ..
BKN UTK BERCINTA..
TAPI UNTUK BELAJAR..
JGN MEMALUKAN MEREKA DGN PERBUATAN YG  TIDAK BAIK  YG KITA LAKUKAN..
JAGALAH NAMA MEREKA..
KASIHANILAH MEREKA...
SEPERTI MANA MEREKA MENGASIHI KITA SEMASA KECIL...



Hulurkan Tangan Mu Bila Aku Terjatuh


Hulurkan tgn mu bila aku terjatuh,
Pimpinlah tgn ku bila aku tersesat,
Hamparkanlah bahumu saat aku terluka,
Peluklah aku bila aku berjaya,

Sahabat,
Aku selalu berharap kau selalu ada,
Saat aku memerlukanmu,
Saat suka dn duka menjenguk jiwaku,

Saat aku hlg tempat berpaut,
Dan saat itu aku harapkan kau hulurkan tangan mu,
Bersama keikhlasan hati,
Tanda tuluskan ikatan kita,

Sahabat,
Aku tidak berharap kau menjadi seorang insan sempurna,
Kerna aku juga tidak sempurana mu,
Aku tidak harap kau sebagai pelindungku,

Aku  hanya berharap ,
agar kau memberi  sedikit semangat,
Untuk aku berdiri tegak,
Berani menempuh arus hidup yang makin ganas gelombangnya,

Sahabat,
Gengamlah tangan ku,
Andai kau tidak mampu berdiri sendiri,
Peluklah aku tika kesepian menemanimu,

Tangan ini tidak pernah kuat utk memegang mu,
Tapi aku percaya keikhlasan ku cukup teguh utk menolongmu,
Aku memerlukan mu seperti mana kau memerlukan ku..


created by : Nurul Asyiqin

Mengenali mu



Mngenali mu sudah ku anggap sbagai tkdir..
Di saat itu ku brkeyakinan ingin merapati mu..
Lantas ku abadi kan keyakkinan itu d jwa ku..
Tp kyakinan itu mmbawa khncuran pd ku..


Air mata klmarin mnjd sksi..
Brtemu dgn mu walau hnya sekilas pndg..
Mmbawa sjuta kesedihan d dlm benak ku
Mnghncurkan kegembiraan d sanubariku...

Bgaimana harus ak bicara kan lg..
Hnya Allah yg mngetahui kekecewaan ht ku..
Hnya ht ku yg mrasai dn mngetahui bgaiman ksdhn ku..
Saat kau  mula mnjauhi driku..

Tlh byk prubahan yg ku rasakan..
Ktulusn ht ku mngamit jiwa dan naluri ku..
Ak mnyanagi mu krna Allah..
Dan krna Allah jua ak tdx mahu prpisahan krna  prselisihan..

Harapan ku..
Kita berkasih sayang brlndskn ke ikhlasan
Seberkas kejujuran..
Srta krna Allah...

Monday 21 November 2011

Kerinduan Kota Mekah Dan Madinah

Langit biru yg indah
Diterangi cahaya bulan
Di hiasi bintang2
Sungguh indah kekuasaan Tuhan


Ya Allah
Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa
Umat Islam di seluruh pelosok dunia
Datang ke bumi Anbia
Utk mnjd tetamu Mu dan tetamu Rasul
Demi menyahut seruan Mu
Ya Illahi Rabbi
dan menziarahi makam Nabi dan Para Sodikki




Ya Allah
Aku rindu pada setiap detik dan waktu
Di bumi Mu, Mekah Al-Mukararamah
Ya Allah
Aku juga rindu saat berada di Madinah Al-Munawwarah
Saat menuju Masjid Nabawi
Menziarahi Makam Nabi dan Sodiki
Dan saat berada di Taman Syuraga
Iaitu Raudah..




                                     




Ya Allah
Berat rasa hati saat ingin pergi meninggalkan kota suci ini
Ya Allah
Sungguh aku rindu pada kedua kota ini
Lebih rindu lagi pada hari yg mulia
Hari Jumaat, penghulu segala hari ..




Pagi Jumaat yg syahdu
Menuju Masjid Nabawi
Menziarahi makan Nabi dan Sodikki
Dan Raudhah sebahagian dari taman syurga firdausi
Terasa nyaman di hati ku ini..




Berakhir sudah di kota Madinah
Kini menuju ke Baitullah
Berdebar rasa hati
Kerna pertama kali ku menjejakkan kaki
Utk menunaikan umrah seperti Para Nabi dan Soddiki..




Saat-saat terakhir
ingin berangkat meninggal kan Madinah
Tidak dpt ku bendung lagi
Rasa sebak di hati




Pagi Jumaat yg syahdu di Mekah Al-Mukarramraah
Menuju Masjidil Haram
Menziarahi tempat kelahiran Nabi
Dan sejarah Islam di Kota ini..




Alhamdulillah,
Bersyukur ke hadrat Illahi
Dapat juga aku melihat Kaabah
Kiblat umat Islam di seluruh pelosok dunia

Kaabah
Tersergam indah
Di tengah-tengah Masjidil Haram
Di kota suci Makkah Al-Mukarramah


Sungguh,ak tidak terkata
Melihat Kaabah
Kiblat umat Islam seluruh dunia
Yang tersergam indah di depan mata

Bergugur air mata
Saat melihat Kaabah
Sayu rasa di hati ini
Hanya Allah yg Mengetahui


Hajar Aswad
Sungguh harum bau nya
Tidak tergambar haruman nya
Hanya Allah yg Mengetahui segala-Nya


Hijir Ismail dan pancur emas
Tempat mustajab berdoa
Sungguh nyaman disini
Tiada rasa panas
Malah terasa nyaman


Di atas Gua Hira'
Sungguh kagum dgn keindahan kota ini
Walaupun lelah saat mendakinya
Tidak tergambar bagaimana susah payah Rasulullah SAW
Di malam hari saat gelap gelita tanpa membawa cahaya
Sewaktu Siti Khadijah menghantar makanan kepada Baginda SAW..





Sudah lama rasa berada di bumi Anbi'a ini
hampir dua minggu
tanpa ku sedari
masa berlalu pergi

Tetapi,dua minggu
seakan-akan dua hari bagiku
Tanpa ku sedari
Terasa sekejap masa berlalu


Saat-saat terakhir melihat Kaabah
Saat terakhir di kota Mekah
Tidak dapat ku bendung air mata
Sunggu berat rasa hati
Pergi meninggalkan kota ini..




By: Nurul Asyiqin 


Wanita


Memancar sinaran di kegelapan,,,
Biarpun tersimpan dalam lumpur,,,
Seri mu takkan pernah luntur,,,
Terlukis di wajah keriangan,,,
Wajah wanita tersenyum,,,
Biar apa yang menanti kau tetap teguh berdiri,,,,
Dalam satu perjuangan yang tak berkesudahan,,,
Kau titiskan airmata,,,,,
Namun kau tetap tersenyum jua.......


WANITA,,,,
Engkaulah Sang Lantera,,,,
Tanpa mu sepilah persada maya yang selamanya,,,,
Wanita menangis,,,
Wanita berduka,,,,,
engkau korbankan segalanya,,,,
Engkau tak pernah pinta balasnya.............